Wednesday 8 October 2014


MAJLIS PELANTIKAN PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER



Pesanan Akhir Sebelum Bermulanya Majlis



Menantikan Tetamu Jemputan Khas



Pengawas Pusat Sumber Lelaki




Tekun Mendengar taklimat



Tekun Mendengar Taklimat



Pengawas Pusat Sumber Perempuan




Menerima Watikah Pelantikan




Seronok Selepas Menerima Watikah Pelantikan




Ini Sijil Saya


Semua Gembira


Tuesday 7 October 2014



PERPUSTAKAAN SK PENGKALAN CHENGAL
SK PENGKALAN CHENGAL 16350 BACHOK, KELANTAN

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
DISIPLIN
1.      Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2.      Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
3.      Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
4.      Pelajar tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.      Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak buku, pintu dan kaunter.
6.      Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi di bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.      Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di tempat yang disediakan diluar perpustakaan.

BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
1.      Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan di bawa keluar dari perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di atas troli pemulangan buku yang disediakan.

PAKAIAN
1.      Pakaian mesti kemas dan lengkap sewaktu berada di dalam perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain baju sekolah adalah tidak dibenarkan pakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.


PERINGATAN !!!
TINDAKAN BOLEH DIAMBIL TERHADAP PELAJAR-PELAJAR YANG MELANGGAR PERATURAN PERPUSTAKAAN.









PERPUSTAKAAN SK PENGKALAN CHENGAL
SK PENGKALAN CHENGAL 16350 BACHOK, KELANTAN

PERATURAN PEMINJAMAN BUKU


KAD PINJAMAN PELAJAR
·         Semua pelajar wajib mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad perpustakaan dan maksima 2 kad dalam satu-satu masa.
·         Semua pemegang kad ialah ahli perpustkaan
·         Kad 1 untuk 1 buah buku daripada rak tertutup dan terbuka
·         Kad 2 untuk 1 buah buku daripada rak tertutup sahaja
·         Maksima 1 buah buku daripada mana-mana kombinasi  (budi bicara)

KAD PINJAMAN GURU
·         Semua guru wajib mempunyai 1 kad perpustakaan
·         Guru layak meminjam maksima 3 buah buku daripada mana-mana rak bagi satu-satu masa

TEMPOH PINJAMAN
·         Buku rak tertutup (red spot)  ---  1 hari
·         Buku rak terbuka --- 3 hari
·         Majalah --- 2 jam (untuk tujuan fotostat)
·         Fiksyen --- 7 hari
*** Semua peminjaman mesti menggunakan kad perpustakaan

PERATURAN UMUM
·         Pelajar boleh membeli kad perpustakaan dengan harga 50 sen untuk 1 kad  daripada perpustakaan sekolah.
·         Kad tidak boleh dipindah hak milik.
·         Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.
·         Pelajar dilarang menconteng atau mengoyak halaman buku. Sekiranya ada, pelajar akan dikenakan denda dan tatatertib.
·         Sekiranya buku yang dipinjam hilang, pelajar mesti membayar denda mengikut harga asal buku tersebut.
·         Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat daripada tarikh yang tercatat dalam slip pemulangan. Jika lewat, peajar dikenakan denda 20 sen sehari.
·         Pelajar boleh menyambung tarikh pinjaman melalui saluran yang sama dengan tatacara peminjaman di kaunter pinjaman pepustakaan.
·         Sekiranya pelajar melanggar peraturan perpustakaan, kad pelajar akan ditahan.




PSS SK PENGKALAN CHENGAL





Ruang Akhbar Dan Majalah




Pelancaran Nilam



Kaunter Perkhidmatan



Ruang Bacaan Untuk Guru



Ruang Bacaan Awal






Pelancaran Kem Membaca





Membaca Mendidik Minda




Bacalah Anakku




Selamat Datang Ke Blog PSS Sk. Pengkalan Chengal


DEFINISI


Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat
yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik .
Pusat Sumber Sekolah juga menyediakan maklumat , perkhidmatan
Dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaraan pembelajaran
untuk penguasaan asas serta kemahiran maklumat pendidikan
ke arah masyarakat berbudaya ilmu ,
gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat .


KONSEP


Konsep Pusat Sumber Sekolah adalah sejajar
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara
iaitu merancang dan melaksana aktiviti aktiviti yang berkaitan
dengan pembinaan dan perkembangan potensi pelajar
secara menyeluruh dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani .


PERKHIDMATAN


Perkhidmatan adalah secara menyeluruh dengan
melibatkan seluruh organisasi sekolah dengan
semangat kekitaan dan rasa keupayaan yang
kental serta mendalam . Di samping itu juga ia dapat
menerapkan dan mebekalkan seberapa banyak
ilmu dan sumber lain kepada warga sekolah .


 VISI


Menyediakan suatu tempat pembelajaran dan
pengajaran yang selesa dan ceria dengan koleksi
bahan bahan dan perkhidmatan pendidikan
serta sebagai ejen perubahan ke ara warga
sekolah yang berilmu .



MISI


Penggunaan seoptimun yang mungkin dari warga
sekolah serta dapat memanfaatkan koleksi
bahan dan perkhidmatan yang ada dengan
sebaiknya serta menjadikan warga sekolah
satu warga yang berilmu berpengetahuan dan berbudaya membaca



PIAGAM PELANGGAN


Perkhidmatan yang selesa
Penggunaan yang praktikal
Layanan yang mesra
Kemudahan  yang memuaskan
Kejayaan untuk semua






PROFIL SEKOLAH



Nama dan Alamat               : SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHENGAL,          
                                        16350 BACHOK, KELANTAN.

Kod Sekolah                                    : DBA 0024

Nama Guru Besar               : TN.HJ MOHD BUDI B. MOHD NOOR

No. Telefon                          : 09 – 7789 568

Gred Sekolah                      : Gred A

Sesi Persekolahan             : 1 Sesi ( pagi sahaja )

Lokasi Sekolah                   : 20 km dari Jabatan Pelajaran Kelantan
(melalui jalan Kota Bharu – Beris Kubur Besar,   Bachok.)
8 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Gred Sekolah                      : Gred A – Bantuan Penuh Sekolah

Keramaian Murid                 : 368 orang dan 25 orang murid Pra A dan
  25 orang murid Pra B Sekolah.
 99.9% murid beragama Islam.

Bilangan Kelas                    : 12 Kelas

Bilangan Guru                     : 30 orang



Sejarah sekolah
Sk pengkalan chengal
Bachok

Sekolah ini didirikan pada tahun 1944 oleh orang kampung Pengkalan Chengal yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Awang b. Karim Imam Masjid Pengkalan Chengal.
            Pada mulanya sekolah ini diberi nama Madrasah Tahzibul Islamiyyah        ( sekolah agama arab ) Keramaian murid ketika itu seramai 30 orang dan guru besarnya ialah Us Abdul Majid b. Idris. Sekolah ini kekal sebagai sekolah agama arab selama kira-kira tujuh tahun mulai 1944-1950.Pada tahun 1951 sekolah ini ditukar namanya  kepada Sekolah Melayu Rakyat yang dipimpin oleh En Daud bin Ishak sebagai Guru Besar.
            Pada tahun 1952 sekolah ini diterima oleh kerajaan atas daya usaha penduduk tempatan sebagai Sekolah Melayu Rakyat dengan bantuan kerajaan sebahagiannya.Keramaian murid ketika itu seramai 75 orang dan gurunya hanya 2 orang sahaja yaitu
  1. En Mohd Zain b. Ab Rahman
  2. En Mustapha b. Yusof
Pada tahun 1957 sekolah ini diambil alih oleh kementerian pelajaran malaysia sepenuhnya dan dipanggil Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chengal Bachok Kelantan.Keramaian murid ketika itu ialah 120 orang dan dipimpin oleh 6 orang guru.Guru besarnya ialah Allahyarham En Mustapha b.Yusof.

Tahun 1964 dengan daya usaha dan pengorbanan guru-guru yang ada pada ketika itu sanggup membeli sebidang tanah seluas 2 ekar 16 depa dengan harga RM 1200.00 secara berkongsi untuk diserahkan kepada kementerian supaya mendirikan sekolah yang lebih baik.Guru yang terlibat dalam usaha ini ialah:
  1. En Mustapha b. Yusof
  2. En Awang b. Yusof
  3. En Che Mud b. Omar
  4. En Sanusi b. Omar
  5. En Abdullah b. Mohamad
  6. En Mohd Zain
Syabas diucapkan kepada guru-guru ini diatas pengorbanan yang penuh bererti bagi penduduk di kawasan ini demi untuk agama bangsa dan negara, “jasamu tetap dikenang”.
Hasil daripada usaha ini jabatan pelajaran kelantan mendirikan satu bangunan kayu yang mempunyai 6 bilik darjah.
     Pada tahun 1984 Jabatan Pelajaran Kelantan meluluskan satu lagi bangunan mengandungi 3 bilik darjah untuk menampung kekurangan bilik darjah dibawah rancangan projek “sekolah kilat”. Sehubungan dengan itu juga bekalan elektrik di masukkan ke sekolah.ketika itu keramaian ,murid seramai 213 orang dan mempunyai 11 orang guru.
Pada tahun 1986 sekali lagi sekolah ini diberi peruntukan oleh Jabatan Pendidikan untuk menambah satu bangunan “Projek Gotong Royong” yang mempunyai 5 bilik darjah demi untuk menampung keramaian murid yang semaki n meningkat seramai 239 orang.


Akhir tahun 1986 peruntukan telah diberi untuk menggantikan kantin yang bercorak purba yang dibina oleh penduduk tempatan.Hasil daripada usaha ini sebuah kantin baru didirikan.
Pada amnya sekolah ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun kebelakangan dimana segala kemudahan seperti bekalan air tandas, elektrik musalla sudah disediakan dengan pendaftaranya 29.5.1967 Reference no.4 dlm P.P.KN. PS 387. No: KN SK  no. 158 dengan keramaian murid 242 orang.
Seterusnya pada tahun 1991 satu kelas pra sekolagh diwujudkan. Pada tahun 2000 sekolah ini mendapat 2 blok bangunan baru 2 tingkat yang kekal dan keramaian murid sehingga kini seramai lebih kurang 360 orang.





LAGU SEKOLAH



Sekolah kebangsaan pengkalan chengal
Sekolah  kita yang terkenal
Tempat menimba ilmu berguna
Bekalan dihari muka



Sekolahku yang cantik dan berseri
Guru penyuluh pelita hati
Kami berikrar dan berjanji
Agar menjadi murid bestari



Ilmu itu puncak kejayaan
Dari teras dalam perjuangan
Bakal pemimpin harapan Negara
Itulah sekolah yang Berjaya



Sekolah kebangsaan pengkalan chengal
Sekolah kita yang terkenal
Tempat menimba ilmu berguna
Bekalan dihari muka



VISI  SEKOLAH
MENJADIKAN SEKOLAH INI UNGGUL
 DALAM SEMUA BIDANG

MISI  SEKOLAH
MEMBANGUN SERTA MENGEMBELING TENAGA MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SATU INSTITUSI YANG AKAN MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG TERDIDIK SECARA SEIMBANG DAN MENYELURUH BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG MERANGKUMI ASPEK-ASPEK INTERLEK, SAHSIAH, SOSIAL DAN NILAI-NILAI BERETIKA BAGI MENJAMIN KUALITI KEHIDUPAN DI ALAF BARU.



FALSAFAH SEKOLAH



*    PELAJAR-PELAJAR YANG ADA DI SEKOLAH INI ADALAH MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN POTENSI UNTUK BERKEMBANG MAJU DARI SEGI INTERLEK, KEMAHIRAN, EMOSI DAN JASMANI.

*      PELUANG AKAN DIBERIKAN DENGAN SELUAS-LUASNYA KEPADA PELAJAR UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI MEREKA DALAM ASPEK-ASPEK TERSEBUT.

*    KAMI PENDIDIK DAN WARGA SEKOLAH INI BERKEUPAYAAN UNTUK MEMAJUKAN PELAJAR-PELAJAR SECARA BERTERUSAN




 PERANCANGAN TAHUNAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) 2014

Bil
Bulan
Aktiviti
Catatan

1
Januari
  1. Membersih dan mengemaskini Bilik PSS, ABM, Bilik APD, Pondok Bacaan dan Pondok  Ilmu.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa induk PSS
  3. Majlis perlantikan rasmi pengawas PSS
  4. Pengagihan kad pinjaman dan buku rekod bacaan untuk projek Nilam.
  5. Penyediaan jadual tugasan pengawas PSS
  6. Taklimat kepada pengawas PSS
  7. Merekod buku baru ke dalam buku stok.


2
Februari
  1. Pinjaman untuk semua murid tahun 3 dan tahap 2
  2. Penyediaan rekod pinjaman dan penggunaan perpustakaan
  3. Menyusun buku.
  4. Penerangan Projek Nilam kepada murid semasa perhimpunan sekolah.
  5. Merekod buku baru.


3
Mac
  1. Merekod buku baru
  2. Aktiviti Panitia.


4
April
  1. Lawatan ke Pesta Buku Tahunan Kelantan.
  2. Bengkel membaik pulih buku di perpustakaan
  3. Aktiviti Panitia.

5
Mei
  1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS
  2. Merekod buku baru.
  3. Gotong-royong membersihkan perpustakaan- pengawas PSS sahaja.
  4. Pertandingan kuiz terkumpul- anjuran PSS


6
Jun
  1. Perjumpaan dengan pengawas PSS.
  2. Gotong-royong membersihkan bilik APD.

7
Julai
  1. Kuiz perpustakaan- untuk pengawas PSS
  2. Gotong-royong membersihkan bilik ABM- pengawas PSS sahaja.
  3. Aktiviti panitia.


8
Ogos
  1. Perjumpaan dengan pengawas PSS.
  2. Gotong-royong membersihkan Bilik Akses- pengawas PSS sahaja.
  3. Pertandingan melukis poster dan mewarna sempena hari kebangsaan anjuran PSS.


9
September
  1. Semakan rekod-rekod PSS.
  2. Aktiviti panitia.


10
Oktober
  1. Pemilihan pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan dalam projek Nilam.
  2. Pemilihan pengawas PSS 2014.
  3. Jamuan akhir tahun.







CARTA GANT
PROGRAM PUSAT SUMBER SEPANJANG TAHUN 2013




Bil
Aktiviti
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogo
Sept
Okt
Nov
Dis
1
Perlantikan Jawatankuasa Induk dan Kerja












2
Mesyuarat Jawatankuasa Induk












3
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja












4
Taklimat / Pendedahan kepada Pustakawan












5
Pendedahan / Penerangan kepada murid












6
Kemaskini Fizikal












7
Penyediaan Rekod Pinjaman / Penggunaan












8
Pelaksanaan Aktiviti PSS












9
Pelaksanaan Aktiviti Panitia












10
Penggunaan Pinjaman Berkelompok












11
Mini Perpustakaan Dalam Darjah












12
PSS di mana sahaja / Sudut-sudut Bacaan












13
Buku Pengurusan












14
Program Nilam












15
Penyediaan Graf












16
Pemantauan Guru Besar












17
Penilaian












18
Penyediaan Dokumentasi