Tuesday, 7 October 2014



PERPUSTAKAAN SK PENGKALAN CHENGAL
SK PENGKALAN CHENGAL 16350 BACHOK, KELANTAN

PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
DISIPLIN
1.      Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2.      Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
3.      Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
4.      Pelajar tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.      Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak buku, pintu dan kaunter.
6.      Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi di bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.      Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di tempat yang disediakan diluar perpustakaan.

BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
1.      Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan di bawa keluar dari perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di atas troli pemulangan buku yang disediakan.

PAKAIAN
1.      Pakaian mesti kemas dan lengkap sewaktu berada di dalam perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain baju sekolah adalah tidak dibenarkan pakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.


PERINGATAN !!!
TINDAKAN BOLEH DIAMBIL TERHADAP PELAJAR-PELAJAR YANG MELANGGAR PERATURAN PERPUSTAKAAN.









PERPUSTAKAAN SK PENGKALAN CHENGAL
SK PENGKALAN CHENGAL 16350 BACHOK, KELANTAN

PERATURAN PEMINJAMAN BUKU


KAD PINJAMAN PELAJAR
·         Semua pelajar wajib mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad perpustakaan dan maksima 2 kad dalam satu-satu masa.
·         Semua pemegang kad ialah ahli perpustkaan
·         Kad 1 untuk 1 buah buku daripada rak tertutup dan terbuka
·         Kad 2 untuk 1 buah buku daripada rak tertutup sahaja
·         Maksima 1 buah buku daripada mana-mana kombinasi  (budi bicara)

KAD PINJAMAN GURU
·         Semua guru wajib mempunyai 1 kad perpustakaan
·         Guru layak meminjam maksima 3 buah buku daripada mana-mana rak bagi satu-satu masa

TEMPOH PINJAMAN
·         Buku rak tertutup (red spot)  ---  1 hari
·         Buku rak terbuka --- 3 hari
·         Majalah --- 2 jam (untuk tujuan fotostat)
·         Fiksyen --- 7 hari
*** Semua peminjaman mesti menggunakan kad perpustakaan

PERATURAN UMUM
·         Pelajar boleh membeli kad perpustakaan dengan harga 50 sen untuk 1 kad  daripada perpustakaan sekolah.
·         Kad tidak boleh dipindah hak milik.
·         Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.
·         Pelajar dilarang menconteng atau mengoyak halaman buku. Sekiranya ada, pelajar akan dikenakan denda dan tatatertib.
·         Sekiranya buku yang dipinjam hilang, pelajar mesti membayar denda mengikut harga asal buku tersebut.
·         Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat daripada tarikh yang tercatat dalam slip pemulangan. Jika lewat, peajar dikenakan denda 20 sen sehari.
·         Pelajar boleh menyambung tarikh pinjaman melalui saluran yang sama dengan tatacara peminjaman di kaunter pinjaman pepustakaan.
·         Sekiranya pelajar melanggar peraturan perpustakaan, kad pelajar akan ditahan.




PSS SK PENGKALAN CHENGAL





Ruang Akhbar Dan Majalah




Pelancaran Nilam



Kaunter Perkhidmatan



Ruang Bacaan Untuk Guru



Ruang Bacaan Awal






Pelancaran Kem Membaca





Membaca Mendidik Minda




Bacalah Anakku




No comments:

Post a Comment